Home 首页

电话: 05-2543973
传真: 05-2427549
电邮: [email protected]
编号: ABC2103
地址: JALAN CHUNG THYE PHIN 30250 IPOH, PERAK.

Mother Pauline Legrix ( Jun 1899 - Mac 1988 ) yang lebih dikenali sebagai gelaran ' Old Builder' merupakan pengasas Sekolah Ave Maria Convent. Beliaulah yang bertanggungjawab membekalkan peluang dan tempat yang sesuai demi membolehkan para remeja memperolehi didikan dan bimbingan pada peringkat awal perkembangan mereka.

Mother Pauline dilahirkan di Lisiux, Normandy Perancis.Beliau telah mendapat pendidikan beliau di Universiti Paris dimana beliau telah lulus dalam bidang Fizik di dalan satu peperiksaan awam. Seterusnya beliau telah mempelajari senibina di Universiti Chicago di Amerika Syarikat. Tidak lama selepas itu, beliau telah memasuki Institute of the Infant Jesus di Perancis.

Dalam tahun 1927 , beliau telah dihantar ke Tanah Melayu. Tidak lama kemudian,beliau dilantik menjadi Reverend Mother di Seremban dan telah berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dalam beberapa jawatan penting. Semasa Perang Dunia Kedua,beliau telah berkhidmat di Ipoh selama lebih kurang 19 tahun. Semasa itulah beliau telah mengasas Sekolah Ave Maria Convent.

Semua yang telah berpeluang untuk bekerja dan berkhidmat dengan beliau mengatakan bahawa Reverend Mother Pauline merupakan seorang yang pengasih dan penyayang.Mereka menyanjungi sifat beliau yang berperikemanusia, malah beliau sentiasa menjadi kaunselor kepada rakan-rakan sejawat serta kakitangan-kakitangan di bawah beliau.

Beliau meninggal dunia dalam tahun 1988.Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada Sekolah Ave Maria Convent.